Cute Bunny Holding Heart

FlashVortex.com

Tanggam Lubang dan Puting


Tanggam ini adalah kategori paling kuat dalam kategori tanggam emidang. Ia mempunyai pelbagai bentuk dan tiap-tiap bentuk pula mempunyai fungsi yang tertentu. Antara bentuk yang biasa digunakan ialah :


  • Tanggam Lubang Dan Putting Biasa – kedua-dua keping kayu yang akan disambungkan hendaklah sama tebal. Bahagian hujung pemidang lintang bertemu dengan pemidang tegak. Bahagian putting dikerat pada hujung pemidang lintang dan tebalnya ialah lebih kurang 1/3 daripada tebal kayu berkenaan. Lebar puting tidak sepatutnya melebihi 6 kali tebalnya. Jika lebar pemidang lintang tersebut lebar, maka eloklah dibuat dua putting. Lubang dibuatkan pada pemidang tegak mengikut saiz puting. Seberapa boleh, gunakan saiz pahat yang hampir dengan saiz lubang apabila menebuk lubang. Tanggam ini boleh dipasakkan dengan menembusi muka pemidang tegak dan putting untuk menguatkannya. Akan tetapi, kayu pasak yang digunakan itu akan mencacatkan rupa permukaan pemidang tegak terutamanya jika tanggam ini digunakan untuk membuat perabot.

  • Tanggam Lubang Dan Putting Berjanjang – tanggam ini digunakan apabila pemidang lintang bertemu dengan pemidang tegak. Pemidang pada hujungnya seperti pada kali meja dan kerusi. Ukuran panjang janjang ini sama dengan tebal putting. Fungsi janjang ini adalah untuk mengelakkan pemidang lintang daripada beralih kedudukannya atau berpiuh jika pemidang tegak mengecut.

  • Tanggam Lubang Dan Putting Berbahu Tinggi Rendah – sebelah bahu dikerat panjang sedikit untuk menerima tetingkat pada pemidang tegak. Tanggam ini digunakan apabila pemidang dibuat bertingkat seperti pada panel pintu.
  • Tanggam Lubang Dan Putting Berbahu Sebelah – tanggam ini digunakan apabila kayu pemidang lintah lebih nipis daripada kayu pemidang tegak seperti dalam pembinaan kaki meja biasa. Putting ini Cuma mempunyai sebelah bahu sahaja dan tebalnya ialah ½ tebal kayu melintang.






No comments:

Post a Comment