Cute Bunny Holding Heart

FlashVortex.com

Kegunaan Tanggam


TANGGAM MELEBAR
1.TANGGAM GLU GESEL
- permukaaan meja
- tempat duduk 
- pintu panel, dll.

2.TANGGAM LIDAH DAN LURAH
-pembinaan lantai papan
-pelapisan dinding kayu
-penelan
-kerja-kerja perabot

3.TANGGAM TETINGKAT
-menambah luas permukaan

4.TANGGAM PENETAP
-untuk menambah kekuatan pengangannya
-banyak digunakan pada perabot yang dihasilkan secara pasangkan sendiri
-terdapat pada pemidang lintang dan pemidang tegak kerusi dan meja



TANGGAM SIKU
1.TANGGAM TEMU TETINGKAT
-kotak
-penjuru perabot
-laci

2.TANGGAM TETINGKAT LIDAH BERPARIT
-membuat kotak
-membuat perabot
-membuat laci

3.TANGGAM RENCONG BIASA
-penyambungan antara sudut kotak
-penyambungan antara sudut laci

4.TANGGAM BAJANG TUNGGAL
-pembinaan rangka kayu
-pembinaan tanggam pemidang

5.TANGGAM BAJANG BIASA
-pembinaan kotak
-pembinaan laci
-pemidang dulang

6.TANGGAM BAJANG HUJUNG LITUP
-sambungan antara papan tepi
sambungan hadapan laci

7.TANGGAM TAMU
-pembinaan kotak
-pembinaan peti biasa



TANGGAM PEMIDANG
1.TANGGAM LEKAP
-tanggam lekap siku atau pepenjuru- ia digunakan pada sudut pemidang yang kecil.
-tanggam lekap penjuru rencong - ia digunakan untuk membuat kumai seperti pada rangka gambar dan sebagainya kerana pelitupannya dapat melindungi ira hujung kayu. 
-tanggam lekap T- ia digunakan dalam pembinaan pemidang pada pemidang lintang bertemu dengan pemidang tegak secara bersilang dan jauh dari hujungnya.
-tanggam lekap bajang T- ia adalah serupa dengan lekap T tetapi ia lebih kuat menahan tarikan dari sebelah luar.
-tanggam lekap palang- ia digunakan pada dua keping kayu yang bersilang.

2.TANGGAM PENETAP
-untuk menambah kekuatan pegangannya.
-banyak digunakan pada perabot yang dihasilkan secara pasangkan sendiri.
-terdapat pada pemidang lintang dan pemidang tegak kerusi dan meja.

3.TANGGAM LUBANG DAN PUTING
-tanggam lubang puting biasa- ia digunakan untuk membuat perabot.
-tanggam lubang puting berjanjang - ia digunakan apabila pemidang lintang bertemu dengan pemidang tegak pemidang pada hujungnya seperti pada kaki meja dan kerusi.
-tanggam lubang puting tinggi rendah- digunakan apabila pemidang dibuat bertetingkat seperti pada panel pintu.

4.TANGGAM KEKANG
- tanggam kekang T- ia digunakan untuk menggantikan tanggam lubang dan puting biasa pada pertemuan kedua-dua bahagian kayu jauh dari hujungnya.
-tanggam kekang penjuru -nama lain bagi tanggam ini ialah tanggam lubang puting terbuka. Ia digunakan pada penjuru pemidang.
-tanggam kekang penjuru rencong- cabang tanggam ini direncong pada kedua-dua belah atau sebelah sahaja. ia digunakan apabila satu tanggam yang lebih kuat daripada tanggam lekap rencong dikehendaki seperti pada pemidang kaca dan sebagainya.
  

TANGGAM MEMANJANG 
1.TANGGAM SKAF
- memanjangkan kayu tutup tiang dan gelegar

2.TANGGAM PLAT SAMBUNG
-sebagai ganti kepada tanggam skaf, kedua-dua keping kayu dikerat pada hujungnya.
-disambungkan bersama dua keping logam(plat kayu juga boleh digunkan) di kedua-dua belahnya dengan menggunakan bolt dan nat.

3.TANGGAM SAMBUNG JARI
- tanggam ini biasa digunakan pada kayu bersaiz kecil  terutama bagi kayu yang diproses menggunakan mesin.
-panjang sambung ini ialah 2kali lebar kayu.
-sambungan jari biasa dilekatkan dengan glu.

4.TANGGAM SAMBUNG LEKAP
-pada hujung kedua-dua keping kayu dibuangkan separuh tebalnya dan dilekapkan sepanjang dua kali lebar kayu.
-ia digunakan pada pembinaan perabot yang tanggamnya tidak menerima tegangan yang berlebihan.
-tanggam ini boleh dikukuhkan dengan bolt dan nat.

 

No comments:

Post a Comment