Dalam pembinaan Rumah Melayu Tradisi, kepentingan sistem tanggam sudah tidak dapat dinafikan lagi kerana tanpa tanggam, bangunan tersebut tidak dapat didirikan. Sistem tanggam telah memainkan peranan yang penting dimana ia merupakan satu-satunya cara untuk menyambungkan setiap elemen bangunan untuk membentuk satu komponen bangunan yang lengkap.Oleh kerana hasil pembuatannya yang telah dirancang dengan baik dan begitu berhati-hati, komponen bangunan yang telah lengkap dan siap dipasang, boleh dibuka atau ditanggalkan setiap satu untuk tujuan pengubahsuaian dan boleh dipasang semula setiap satu. Ini adalah bersesuaian dengan cara kehidupan masyarakat Melayu Tradisi sejak azali. Sistem tanggam juga telah direka bentuk supaya dapat mengukuhkan keseluruhan kerangka bangunan.
'Pemeting' atau nama panggilan lain 'cemat penetap' yang digunakan pada sistem tanggam adalah bertujuan sebagai 'pengunci sambungan' supaya tidak tanggal. Kadangkala pemeting tidak perlu digunakan kepada setiap tanggam kerana susunan pemasangan setiap elemen bangunan atau objek telah disusun dan mengikatkan keseluruhan tanggam pada bangunan tersebut.
No comments:
Post a Comment